Sunday, 12 January 2020

Ariffin Beramah Mesra Dengan Warga Permata UMS

SHARE


KUALA TERENGGANU, 12 Januari- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

Sempena kunjungan tersebut, beliau turut mengambil kesempatan bertemu dan beramah mesra dengan warga Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) cawangan universiti berkenaan.

Pertemuan tersebut berlangsung di Tiara Tomyam Restaurant & Catering, Kota Kinabalu, Sabah.

Turut hadir, Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.

Ariffin merupakan bapa angkat kepada mahasiswa Permata Negeri Sabah.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: