Sunday, 5 January 2020

Apex Tajudin Sedia Promosi Terengganu

SHARE


Oleh : Adli Mohamad / Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 5 Januari – Juara Mentor Milenia 2019, Apex Tajudin sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk sebarang acara persembahan jika diberi peluang selepas muncul pada program ambang tahun baru anjuran kerajaan negeri baru-baru ini.

Apex Tajudin atau nama sebenar Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajudin, 23, berkata, sebelum bergelar artis, beliau pernah menyertai program seperti 'Open Mic Hadith' yang dianjurkan Masjid Ladang pada acara 'Car Food Sahur' bagi meraikan anak yatim dan juga program kebajikan.

Katanya, Negeri Terengganu akan sentiasa dipromosikan melalui 'Contest' di Youtube supaya Terengganu dikenali.

Apex Tajudin juga memaklumkan dirinya akan muncul dengan single pertamanya bersama penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir melalui lagu yang berjudul 'panggung'.

Sebagai anak jati Terengganu yang kuat dengan adat ketimuran, beliau berpendirian tegas untuk  menjaga batas pergaulan dan  mahu menjadi contoh kepada anak muda yang memiliki bakat didalam dunia seni.

"Apex akan berusaha untuk menjaga diri dengan baik didalam industri bagi menjadi contoh kepada anak muda yang lain,"ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di salah sebuah restoran disini, semalam.

Dengan kejayaan yang diperolehi beliau juga tidak akan teragak membantu isterinya, Nur Alia Syamira untuk mengembangkan perniagaan nasi lemak yang diusahakan bersama.

"Kerana sebelum masuk mentor memang itu saya hasratkan. Insya-Allah Nasi Lemak Ar Raaziqin akan dibawa ke Kuala Lumpur," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: