Friday, 3 January 2020

Abdul Hadi Kecam Serangan Ke atas Qassem Suleimani

SHARE
Qassem Suleimani (kiri) dan Abu Mahdi al-Muhandis (kanan) terkorban dalam serangan udara tentera Amerika Syarikat di Baghdad, Iraq pagi ini.

KUALA LUMPUR, 3 Januari – Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengecam serangan ke atas Jeneral Qassem Suleimani di bandar udara antarabangsa Baghdad Iraq.

Serentak itu beliau yang juga Presiden PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhum Jeneral Qassem Suleimani yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat di Baghdad, pagi ini.

“PAS melahirkan rasa kesal terhadap insiden 'keganasan antarabangsa' yang melampaui batas ini, dan mengecam campur tangan pihak Amerika Syarikat dalam urusan dalaman di Timur Tengah yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau tersebut.

“Semoga roh Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani ditempatkan di kalangan para syuhada dan hamba-Nya yang soleh,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: