Monday, 6 January 2020

50 Pelajar Terima Bantuan Pada Program 'Kembali Ke Sekolah'

SHARE


Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 6 Disember - Seramai 50 orang pelajar yang  terpilih dari setiap DUN menerima sumbangan berupa barangan sekolah pada program "Kembali Ke Sekolah" dari Parlimen Besut.

Penyelarasnya, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, ia bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga kurang berkemampuan.

"Walaupun agak terlewat sedikit, kita akan agihkan juga bagi meringankan beban keluarga asnaf ini.

"Ia sekaligus dapat meringankan masalah yang dihadapi oleh mereka apabila menjelang musim sekolah," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di Pusat Tahfiz Annur, disini, pada semalam.

Menurutnya, sumbangan berupa beg sekolah,alat tulis itu ditaja oleh Muslim Care Malaysia Society dan sedikit pemberian daripada Penyelaras Parlimen berbentuk wang tunai.

"Walaupun kerajaan telah agihkan bantuan sekolah ,tapi tidak mustahil ada yang tercicir dikalangan mereka," jelasnya.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan tersebut, Hashim bin Abdullah yangberasal dari Kampung Batu Tumbuh berkata, beliau berterima kasih kepada pihak penyelaras kerana membantu meringankan perbelanjaan merek.


"Saya amat berterima kasih kepada Ustaz yang selama ini banyak membantu masyarakat kawasan Besut khususnya," kata Hashim.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: