Monday, 2 December 2019

Video Limpahan Air Empangan Tasik Kenyir Palsu - TNB

SHARE


HULU TERENGGANU, 2 Disember - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video limpahan air empangan yang ditularkan pihak tidak bertanggung jawab di media sosial dengan hantaran (posting) pelepasan air, kononnya dari Empangan Kenyir, Terengganu.

Rakaman video tersebut bukanlah di Empangan Kenyir tetapi dari Empangan Tembat berdekatan yang memiliki kawasan tadahan berkeluasan hanya 0.05 peratus daripada Empangan Kenyir.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Group Corporate Communication, air yang dilepaskan adalah pelepasan semulajadi (natural spillage) yang disalurkan ke Tasik Kenyir dan tidak perlu dibimbangi.

Untuk makluman, TNB telah membuat persiapan awal menghadapi musim tengkujuh seperti dengan menurunkan paras air empangan serta melaksanakan kerja-kerja senggaraan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: