Tuesday, 31 December 2019

Tulisan Jawi Memacu Kemerdekaan

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU, 31 Disember- Ulama terdahulu mengerakkan kesedaran masyarakat dengan menggunakan tulisan jawi sehingga mampu membawa serta memacu kepada kemerdekaan Negara.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Sukri Omar berkata  tulisan berkenaan telah memperkasakan ilmu dan pendidikan di kalangan masyarakat melalui institusi pondok.

“Ianya supaya kita sedar jati diri dan kebanggaan kita dengan tulisan jawi itulah yang akhirnya berjaya mengerakkan kesedaran tentang kemerdekaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran pada Program Bicara Hati dengan tajuk Memaknai Tahun Baru : Konsintensi Perjuangan Islam, di TV Darul Iman, semalam.

Menurut beliau, punca penentangan pada tulisan jawi pada hari ini adalah kerana tiada kesedaran.

“Nikmat kemerdekaan di Malaysia termasuk ruang pendidikan yang bebas, tidak akan ada pada negara lain.

"Segelintir daripada kita tidak sedar keamanan yang dikecapi pada hari ini adalah perjuangan dari ulama-ulama Islam dengan menggunakan tulisan jawi inilah membawa Malaysia menikmati kemerdekaan," ujarnya.

Katanya, ulama-ulama terdahulu telah menentang segala bentuk penjajahan.

"Termasuk menentang komunis yang membunuh keluarga-keluarga mereka, kerana itu cukup untuk kita melihat sebelum memasuki tahun baru yang bakal menjelang ini, sewajarnya kita menyedari jati diri kita melalui tulisan jawi," jelasnya.

Tambah beliau, dimana kesedaran berkenaan akan membawa kepada perasaan bangga dengan identiti sebagai Melayu Islam.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: