Sunday, 29 December 2019

Terengganu Sasar Langsai Hutang Tertunggak RM400 Juta

SHARE



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 29 Disember – Terengganu berhasrat melangsaikan hutang tertunggak kira-kira RM400 juta kepada Kerajaan Pusat membabitkan beberapa projek yang dijalankan kerajaan terdahulu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar di mana kerajaan negeri berdepan dengan pembayaran hutang secara maksimun.


Katanya, hutang tersebut  merupakan pembayaran projek hutang tertangguh dan bayaran berjadual yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

“Antaranya adalah projek Bandar Baru Kuala Nerus, Bandar Baru Kijal, projek di Tasik Kenyir dan projek lain-lain di mana kos bayarannya agak besar, menelan hampir 400 juta.

“Pembayaran itu tetap diteruskan walaupun keadaan ekonomi negeri agak sukar, selain mahu menjadikan Terengganu sebagai Negeri Bebas Hutang pada 2021,”katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan program Agihan Sumbangan Musim Tengkujuh kepada penduduk Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, di Masjid Sultanah Zahirah, Marang, semalam.

Turut hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tuh Abdul Razak, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Hassan Awang.

Dalam perkembangan yang sama, seramai 525 orang penduduk Rhu Rendang telah menerima bantuan Sumbangan Musim Tengkujuh di sini.

Ini adalah salah satu langkah bagi membantu penduduk negeri Terengganu yang telah melalui 3 fasa hujan lebat dan banjir pasa musim tengkujuh ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: