Friday, 6 December 2019

Siasat Gereja Disimbah Cat - Ahmad Amzad

SHARE
Ahmad Amzad (duduk tengah) ketika berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR, 6 Disember - Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan sebuah gereja di Pulau Pinang disimbah cat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman jika dibuktikan bersalah.

“Kami (orang Islam) tidak mengamalkan vandalisme dan pihak berkuasa diharap mengambil tindakan yang serius terhadap perkara ini.

“Kita mesti bekerjasama untuk memulihkan perpaduan dan keharmonian hidup dengan menghormati satu sama lain,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, beliau mendapat maklumat berkait dengan perbuatan itu daripada berita diterbitkan di sebuah akhbar hari ini sambil menyifatkannya sebagai  satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa pun.

“Saya tidak tahu kejadian ini (siapa yang melakukannya) dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Tidak ada Muslim yang dibenarkan mengganggu tempat ibadat agama lain. Ia adalah satu dosa dalam Islam untuk melakukan perbuatan itu,” tegasnya.

Katanya begitu juga penghinaan terhadap agama lain dengan apa cara sekali pun.

Menurut beliau, Perkara 3 Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan manakala agama-agama lain dibenarkan menjadi amalan di seluruh persekutuan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: