Friday, 27 December 2019

RM8.5 Juta Untuk Galakkan Pelancongan Negeri

SHARE

Oleh: Muhd Afiq Zohir
Foto: Jusmawari dan Norekhwan Mamat

BESUT, 27 Disember - Sebanyak RM8.5 juta diperuntukan oleh kerajaan negeri Terengganu bagi  menggalakkan sektor pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bagi tahun 2020, kerajaan negeri telah memperuntukkan bajet sebanyak RM4 juta untuk tujuan promosi.

Sementara, kata beliau, RM4.5 juta lagi bagi penganjuran program pelancongan dan kebudayaan negeri Terengganu.

“Tidak dinafikan sektor pelancongan dan kebudayaan memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan ekonomi semasa.


"Terengganu kini bersiap sedia untuk digelar sebagai salah satu negeri pelancongan yang mempunyai rangkaian kemudahan sampaian yang efisyen bagi menggamit kehadiran pengunjung," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Besut Festival di Kota Putera Square, disini, pada hari Selasa, 24 Disember.

Menurutnya, program tersebut berlangsung selama lapam hari bermula 24 dan berakhir pada 31 Disember.

"Program sebegini dapat memartabatkan seni warisan budaya ketahap yang lebih tinggi dalam usaha menjadikan sebagai satu pendidikan agar ia tidak luput dibawa arus budaya baru," katanya.


Justeru itu, beliau berharap agar  semua para pengiat dalam industri pelancongan dan seluruh rakyat dapat membantu kerajaan negeri dalam merealisasikan kempen Beutiful Terengganu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: