Tuesday, 3 December 2019

Redzovic Perkuat Pertahanan Terengganu FC II

SHARE
Argzim mengikat kontrak selama setahun. Foto - Media TFC

KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Bekas pemain import Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menjadi taruhan terbaharu Terengganu Football Club II (TFC II) dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Argzim Redzovic dari Montenegro menjadi pilihan pengendali TFC II, Roshaidi Wahab bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Serhii Andrieiev.

Laporan terbaharu itu diumumkan menerusi laman sosial rasmi pasukan berkenaan hari ini.

Bersama PDRM, Argzim pernah mencetak beberapa gol untuk pasukan itu dan turut memainkan peranan sebagai 'ball winner'.

Sebelum bermain di Liga Malaysia, dia berjaya mencipta nama di Thailand apabila beraksi dengan Lanexang United pada 2016.

Terdahulu turut diumumkan adalah lanjutan kontrak kepada dua tonggak import TFC II, Bruno Suzuki dan Marcel N'Guessan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: