Tuesday, 31 December 2019

Pertahankan Islam dan Ketuanan Melayu

SHARE

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 31 Disember- Setiap rakyat mestilah sentiasa mempertahankan Islam dan Ketuanan Melayu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata mereka perlu membantu agar agenda negara ini diselesaikan dengan penyelesaian Islam.

"Ini adalah perkara besar, perkara untuk mendapat tanah, mendapat bantuan itu kecil, yang besar (penting) ialah bagaimana hendak mempertahankan negara kita.

"Mempertahankan kemerdekaan kita yang  Ketuanan Melayu dengan meletakkan di dalam perlembagaan, Islam sebagai agama rasmi negara," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika berucap di Majlis Sukan Rakyat Kampung Tok Kah di Madrasah Raudhatul Ulum Al Musthofa, baru-baru ini.

Turut hadir, Penghulu Mukim Abang, Abdul Ghaffar Abu Bakar.

Menurut Alias sekarang di negara kita, ada kumpulan yang mendakwa mereka pejuang kemerdekaan.

"Sedangkan orang - orang Melayulah terutamanya ulama-ulama yang berjuang untuk memerdekakan bumi Tanah Melayu ini seperti Tok Ku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: