Monday, 2 December 2019

Dominique Da Sylva Taruhan Terengganu FC 2020

SHARE
Da Sylva mengenakan jersi Terengganu selepas menandatangani kontrak, hari ini.

KUALA TERENGGANU, 2 Disember- Terengganu Football Club (Terengganu FC) hari ini mengumumkan secara rasmi telah menandatangani kontrak pemain import baharu iaitu Dominique Da Sylva untuk bersama pasukan TFC musim depan.

Da Slyva yang bermain diposisi serangan menandatangani kontrak selama setahun untuk bersama pasukan TFC bagi musim Liga Super 2020.

Pengendali pasukan, Nafuzi Zain berharap, penyerang yang beraksi bersama Sai Gon FC di Liga Vietnam musim lalu itu bakal mengemudi barisan hadapan skuad Penyu.

"Kita amat memerlukan pemain import untuk mengisi kekosongan di bahagian hadapan pasukan dalam menjana serangan lebih berkualiti.

"Kehadiran Da Sylva melengkapkan pemain import diposisi tersebut untuk  menghadapi musim 2020," katanya dalam sebuah kenyataan kepada media, hari ini.

Musim lalu, penyerang berusia 30 tahun itu berjaya mengumpul lapan gol dalam keseluruhan 11 penampilannya.

Pemain tersebut pernah memenangi beberapa gelaran domestik ketika membina karier di Mesir bersama kelab Al-Ahly selain beraksi di Tunisia , Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Cyprus sebelum menyertai Ho Chi Minh City pada tahun 2017.

Memiliki ketinggian 1.80 cm, Terengganu FC pastinya memiliki kelebihan fizikal di hadapan gol lawan dan diharapkan mampu membuahkan kejayaan buat seluruh penyokong Peteh itu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: