Tuesday, 31 December 2019

Peningkatan 9.8 Peratus Kedatangan Pelancong Ke Terengganu

SHARE


KUALA TERENGGANU, 31 Disember – Kedatangan pelancong ke negeri Terengganu meningkat 9.8 peratus sehingga September 2019, berbanding tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, namun begitu ia belum mencapai angka lima juta, sebagaimana sasaran yang diinginkan oleh Kerajaan Terengganu.

“Kedatangan pelancong kita letak tahun 2020 adalah 5 juta insya-Allah macam tahun 2019 sebab tahun tersebut belum mencapai angka lima juta .

“Insya-Allah ada peningkatan pada tahun 2020. kita belum  dapat yang terakhir sehingga September berbanding tahun lepas kita meningkat 9.8 peratus,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian  ketika ditemui pihak media  selepas majlis Gimik Perlepasan Kembara Terengganu Comel Maju, Berkat Sejahtera sempena sambutan ambang Tahun Baru 2020 peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada hari ini.


Dalam program tersebut katanya, sebanyak 60 kenderaan melibatkan seramai kira-kira 240 peserta telah menyertai program yang bermula awal pagi sehingga lewat malam ini.

"Program ini adalah bersempena sambutan Ambang Tahun Baru yang bermula dari Wisma Darul Iman ke Kuala Berang.

"Kemudian akan balik ke Duyong Marina. Ada soalan yang perlu dijawab dan hadiah  menanti," katanya.

Menurutnya, sambutan pada kali ini agak berbeza berbanding dengan tahun lepas.

 “Kita ada buat sebelum ini tapi cara dan kaedah yang dibuat pada tahun ini berbeza berbanding yang lepas.

“Kita bermula pagi dan kemuncak pada malam ini ada forum perdana, peluang untuk bertemu ikon-ikon negeri Terengganu seperti bola sepak, hoki dan 'countdown' Ambang Tahun Baru yang diadakan di Duyung Convention Centre 1, Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong pada malam ini,” tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: