Tuesday, 10 December 2019

MP Kuala Nerus Wakili Malaysia Ke GOPAC Qatar

SHARE
Khairuddin (kanan)


Oleh : Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 10 Disember – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bersama tiga lagi Ahli Parlimen mewakili Malaysia ke ‘Global Organization of Parliamentarians Against Corruption’ (GOPAC) di Doha, Qatar bermula semalam.

Terdahulu, program dimulakan dengan sesi perasmian persidangan ketujuh GOPAC oleh Speaker Majlis Syura Qatar, Mr Ahmad Abdullah Zaid al-Mahmoud.

Persidangan kemudiannya diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi GOPAC 2015-2019, Hon. Dr. Fadli Zon dan Presiden Inter-Parliamentary Union (IPU), Mrs Gabrielle Cuevaz Barron.

Kata Mohd Khairuddin, dalam persidangan GOPAC tahun ini, isu urus tadbir yang baik dan integriti menjadi dua topik yang utama perbincangan.

“Topik tersebut akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Libya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Arab Parliamentarians Against Corruption (ARPAC), Majda Alfallah, Timbalan Speaker Majlis Perwakilan Rakyat Indonesia, Dr HM Azis Syamsuddin, dan beberapa wakil lagi,” ujar beliau ketika dihubungi semalam.

Turut hadir mewakili Parlimen Malaysia ialah Dato' Hasanuddin Mohd Yunos (Hulu Langat), Hasbi Habibollah (Limbang) dan Ramli Dato' Mohd Nor (Cameron Highland).

GOPAC adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang terdiri daripada ahli parlimen dari seluruh dunia, bekerjasama untuk memerangi rasuah, menguatkan pemerintahan yang baik, dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: