Sunday, 8 December 2019

'Mat Motor' Sertai Misi Bantuan Banjir

SHARE

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 8 Disember - 'Mat Motor' Kelab Bermotorsikal Alternative Riding Club (ARC) merupakan sukarelawan yang menyertai misi bantuan banjir.

Pengerusi ARC kawasan Besut, Mohd Jali Sulong berkata, pasukannya sentiasa bersiap sedia bagi membantu mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut.

“Kami bukan sahaja pengemar dua roda, malah kerja-kerja kebajikan juga sering dipupuk dalam diri ahli-ahli kelab bagi membentuk semangat berkerjasama.

"Aktiviti bantuan sebegini amat sesuai terutama kepada pemuda bagi mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan khidmat tukar minyak hitam motorsikal di Masjid Kampung La, Hulu Besut, pada semalam.

Menurutnya, ia juga dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah.

Sementara itu, pihak ARC Besut mengadakan perkhidmatan baik putih motorsikal secara percuma kepada masyarakat di daerah tersebut.

Antaranya ialah menukar minyak hitam, mencuci dan membaik pulih motorsikal yang ditenggelami air banjir tanpa sebarang cas bayaran.

"Sebanyak 100 buah motorsikal yang hadir bagi mendapatkan perkhidmatan dari pihak kami.

“Ia merupakan inisiatif dari pihak kami bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa," ujar Jali.

Beliau menambah, kepakaran dalam bidang permotoran perlu diterjemahkan kepada umum bagi membuka mata masyarakat bahawa hobi permotoran bukan perkara yang sia-sia.

Justeru itu, beliau berharap agar aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi bagi menjamin kesejahteraan hidup antara masyarakat.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: