Tuesday, 3 December 2019

Terengganu Buka Kilang Makanan Ternakan Pertama Di Pantai Timur

SHARE


KUALA NERUS, 3 Disember - Pembukaan Kilang Makanan Ternakan pertama di Pantai Timur membabitkan pelaburan RM3.3 juta di Kawasan Perindustrian Gong Badak  di sini dapat membantu perternak mendapatkan sumber bekalan makanan haiwan ternakan dengan harga berpatutan, berkhasiat dan mencukupi.

Sebelum ini, golongan itu terpaksa mendapat sumber makanan untuk lembu tenusu, kambing pedaging, ayam penelur, ikan dan rusa di luar Terengganu, termasuk pembekal dari Perak dengan kadar harga yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan langkah Koperasi Peserta Felcra Malaysia Bhd (KPFB) itu dengan pelbagai manfaat diperoleh bukan sahaja kepada pihak koperasi malah kepada kerajaan dan masyarakat khususnya,

Katanya, antaranya dapat membantu petani jagung bijian memasarkan produk masing-masing di mana sebelum ini sumber untuk berbuat demikian agak terhad.

“Manakala impak kepada kerajaan pula mampu mencapai sasaran dalam pelan strategik sektor pertanian dan dapat menawarkan puluhan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kilang itu, petang semalam.

Hadir sama, Pengerusi KPFB Malaysia Bhd, Dato’ Sabari Misran,


Sabari berkata, pihaknya menjangkakan pulangan kewangan RM1.2 juta setahun atau dengan anggaran RM100,000 sebulan dengan pembukaan kilang di kawasan seluas 1 ekar itu.

Katanya, dia yakin pulangan kewangan itu mampu dicapai berikutan sektor pertanian, perladangan dan perternakan di Pantai Timur khususnya di Terengganu sangat memberangsangkan.

“Selain mendapat sokongan kuat daripada Kerajaan Terengganu yang tampil membantu daripada pelbagai sudut, termasuk pasaran dan prasarana,

“Kapasiti pengeluaran makanan dijenamakan sebagai Sepadu Rumi Feed di antara 1,200 hingga 1,600 matrik tan sebulan. Jumlah itu mampu menampung kehendak pasaran di seluruh Pantai Timur,” katanya .






SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: