Sunday, 1 December 2019

Khatan Perdana Bukit Besi Utamakan Anak Yatim

SHARE



Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 1 Disember- Majlis Khatan Perdana Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi memberi keutamaan kepada anak yatim dengan tidak dikenakan sebarang yuran dan tanpa sebarang kos yang perlu ditanggung oleh pihak keluarga.

Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, daripada maklumat yang diterima pihaknya mendapati terdapat dalam kalangan anak yatim yang lambat berkhatan disebabkan masalah kewangan.

"Jadi kita merancang agar anak yatim berkhatan pada awal usia, tidak perlu tunggu sampai umur 12 tahun.

"Lagipun banyak kelebihan berkhatan di awal usia, dimana apabila solat di masjid boleh berada di saf utama, dan ini akan mengalakkan anak-anak untuk rajin ke masjid," jelasnya.


Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita, mengulas mengenai Majlis Khatan Perdana yang diadakan di Dataran Berbumbung Piramid, Bukit Besi, baru-baru ini,

Majlis itu telah turut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Katanya, bagi memeriahkan lagi program berkenaan, ianya telah turut dibuka kepada akank-kanak lain selain anak yatim dengan dikenakan yuran yang rendah, menjadikan jumlah penyertaan keseluruhan adalah 125 orang.

"Kerana perancangan kita adalah bagi membantu meringankan penduduk yang merancang mahu mengkhatankan anak mereka.

"Terlihat kegembiraan pada wajah anak-anak apabila dilakukan secara perdana dengan diserikan pelbagai gelagat dan kerenah," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: