Sunday, 29 December 2019

Kembara Terengganuku Comel Warnai Sambutan Ambang Tahun Baru

SHARE


KUALA TERENGGANU, 29 Disember- Kembara Terengganuku Comel antara empat segmen utama bagi pengisian program Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 peringkat Negeri Terengganu

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, lebih 100 buah kenderaan akan menyertai program kembara yang dijadualkan 31 Disember ini.

Katanya, majlis pelepasan peserta akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada pukul 8 pagi di Wisma Darul Iman.

“ Mereka akan melalui empat ‘checkpoint’ dan dijangka tiba di Dataran Batu Bersurat, Kuala Berang pada waktu tengahari seterusnya akan berakhir di Duyung Marina & Resort pada sebelah petang.

 “Kembara Terengganuku Comel berkonsepkan ‘trasure hunt’, dimana sepanjang perjalanan ada 60 soalan yang berkaitan dengan pelancongan yang perlu diselesaikan oleh peserta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media program Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 Peringkat negeri di Duyung Marina & Resort, hari ini.

Turut hadir,  Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Ab Rasid Jusoh.

Ariffin berkata, pada sebelah malamnya sebelum pelancaran kalendar acara pelancongan sepanjang tahun 2020 yang dijadualkan pada pukul 10 malam,  ambang tahun baru diraikan dengan pengisian Islamik termasuk Forum Perdana, solat hajat dan sebagainya.

Sementara itu katanya, terdapat 26 acara utama yang bakal berlangsung pada tahun 2020 termasuk Terengganu Bike Week, Karnival Candat Sotong dan sebagainya.

Menurut Ariffin, kira-kira 40 minit sebelum detik 12 tengah malam, sesi ramah mesra dengan ikon Terengganu termasuk johan tilawah al-Quran, pasukan bola sepak, hoki dan basikal TSG negeri akan diadakan.

“Disamping gimik Pelancaran Mega Melawat Malawat Malaysia yang merupakan sokongan kerajaan negeri kepada Visit Malaysia Tahun 2020,” ujarnya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: