Monday, 2 December 2019

Kejohanan Badminton Belia Medan Lahir Bakat Baru

SHARE
Pemenang-pemenang kejohanan bergambar bersama.
Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Penganjuran Kejohanan Badminton Belia Terengganu 2019 dilihat mampu menjadi salah satu wadah terbaik kepada para belia untuk menunjukan bakat masing-masing.

Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Nasir Abdul Razak, berharap, kejohanan yang diadakan tidak akan terhenti, sebaliknya  akan lebih mantap dengan penambahbaikan pada tahun-tahun mendatang.

“Kita akan terus bekerjasama dengan persatuan-persatuan yang terlibat. Kita juga merancang untuk mengadakan program-program yang lebih besar meliputi skop sukan  lain seperti sepak takraw, ping pong dan  juga bola jaring,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengerusi Pembanguanan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah yang tidak dapat hadir di Stadium Tertutup Negeri Terengganu, baru-baru ini.

Kejohanan yang di sertai 64 pasukan lelaki dan 32 pasukan wanita berlangsung selama dua hari dengan Ahmad Husna Mustapha Kamal dan Ahmad Syafiq Syakirin Kassim dinobatkan sebagai johan lelaki.

Manakala, pasangan Suriati Jusoh dan Nor Hafeza Anuar muncul juara kategori wanita.

Kedua-dua pasangan itu membawa pulang hadiah pingat dan wang tunai RM500.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: