Tuesday, 31 December 2019

'Kecam Ulama Perbuatan Tak Beradab' - Dr Mohd Khairuddin

SHARE


 
Dr Mohd Khairuddin (kiri) ketika menyantuni warga emas di Kampung Tok Jiring Kuala Nerus baru-baru ini.
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 31 Disember - Umat Islam diingatkan supaya menghormati ulama kerana keutamaan dan mempunyai kedudukan tersendiri di sini Islam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, oleh itu perbuatan mencaci para ulama kerana perbezaan pendapat satu perbuatan tidak beradab dan dilarang di sisi agama.

Katanya, orang ramai tidak perlu mempersendakan ulama walaupun pandangan agama yang disampaikan tidak menepati kehendak golongan tertentu dalam masyarakat.

"Berilah pandangan berbeza dengan berhemah tanpa menghilangkan rasa hormat kepada para alim ulama.

"Usahlah mempersendakan ulama meskipun pandangan agama yang disampaikan tidak menepati kepentingan kita," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Beliau amat kesal rentetan sahabat yang amat dikenalinya, Dato' Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sejak dari alam pengajian di sekolah dan universiti sehingga ke alam pengajaran dan dakwah dihina serta diperlekehkan.

Dato' Dr Zulkifli yang juga Mufti Wilayah Persekutuan dikecam natizen apabila beliau tidak bersetuju dengan sumpah laknat Bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu.

Bekas Perdana Menteri itu melafazkan sumpah mubahalah kira-kira jam dua petang selepas solat Jumaat bagi menafikan dakwaan terkandung dalam Akuan Bersumpah (SD) dibuat bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: