Monday, 30 December 2019

Kakitangan Petronas Ceriakan 40 Anak Asnaf

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 30 September- Seramai 40 orang anak-anak asnaf tidak lagi gusar untuk memulakan sesi persekolahan 2020 kerana mereka telah diceriakan oleh kakitangan Petronas yangp prihatin.

Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan, Gas Processing Santong (GPS), Mohd Samsuri Abd. Aziz berkata, program tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu masyarakat.

"Program ini diadakan setiap tahun dimana kakitangan kita akan menyumbang sekurang-kurangnya untuk seorang penerima," jelasnya ketika ditemui di sebuah kedai peralatan sekolah terpilih di sini baru-baru ini.

Seorang penerima, Zamir Mohd, 35  melahirkan kesyukuran dengan sumbangan tersebut yang dapat meringankan beban dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anaknya.

"Sumbangan ini sebagai 'back up' lah, sekarang musim hujan, kerja saya bawa hantar ikan, jadi pendapatan memang kuranglah," ujar ayah kepada tiga orang anak yang masih kecil.

Manakala seorang ibu muda , Rohana Abdullah, 37 terharu kerana salah seorang anaknya terpilih menerima sumbangan kupon bernilai RM100.

" Alhamdulillah, dapat membantu mengurangkan perbelanjaan untuk persiapan persekolahan anak-anak, memandangkan suamipun kerja ikut ada jadi pendapatanpun tak menentu," ujarnya yang tinggal di Rimbunan Kaseh, Kampung Rantau Abang.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun merakankan ucapan terima kasih di atas kesudian kelab kebajikan tersebut memilih penerima-penerima di DUN Rantau Abang.

"Program ini bukan pertama kali dilaksanakan oleh kelab Kebajikan Kakitangan Petronas, tetapi merupakan rutin tahunan yang sentiasa mencari jalan untuk membantu asnaf.

"Bagi pihak ibu bapa penerima, saya mengucapkan berbanyak terima kasih, semoga kerja baik ini diberi ganjaran selayaknya oleh Allah," katanya dengan nada terharu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: