Tuesday, 3 December 2019

Jumlah Mangsa Banjir Terengganu Menurun

SHARE

KUALA TERENGGANU, 3 Disember- Laporan terkini kejadian bencana bagi negeri Terengganu yang dikeluarkan pada jam empat petang tadi, menunjukan penurunan jumlah mangsa banjir daripada 4,370 orang  mangsa pada jam 12.00 tengahari kepada 3,219 mangsa, hari ini.

Berdasarkan laporan daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri itu, sebanyak 30 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir telah ditutup menjadikan jumlah terkini PPS yang masih dibuka sebanyak 66 buah di seluruh negeri.

Daripada enam daerah terlibat, lima daerah mencatatkan penurunan jumlah mangsa iaitu di Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Marang,dan Dungun.

Manakala, mangsa banjir yang terjejas di Kuala Nerus terus meningkat kepada 319 orang dengan empat PPS masih dibuka.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: