Sunday, 29 December 2019

Ikan Laga Hiasan Catat Rekod Penyertaan Tertinggi Di Dunia

SHARE
                                    
KUALA TERENGGANU, 29 Disember - Terengganu Betta Group (TBG) bersama Terengganu Wild Betta Group (TWBG) berjaya mencatat rekod penyertaan tertinggi di dunia dengan  mengadakan pertandingan kecantikkan ikan laga hiasan di Terengganu Betta Monsoon Cup Vol3 yang berlangsung pada 27 hingga 29 Disember 2019 di Muzium Terengganu.
                                                                 
Naib Presiden Kelab Peminat Ikan Laga Hiasan Terengganu, Mohd Fajiha Alaihis Mustafa, 29, berkata pameran yang berlangsung selama tiga hari merupakan penganjuran  kali ketiga dengan peserta seramai 2306.

“Alhamdulilah, ia merupakan satu sejarah dalam industri ikan laga apabila penyertaan peserta menjangkau 2306 dan juga berjaya mencipta rekod baharu dalam penyertaan tertinggi di dunia. Sebelum ini kami juga mencipta rekod yang sama dengan penyertaan seramai 1779  di Johor.

“Terdapat 120 class list (jenis) untuk Moden Betta, 11 class list untuk  Wild Betta yang menjadikan jumlah yang  akan dipertandingkan sebanyak 131 class list.Ini merupakan class list terbanyak dalam sejarah pertandingan ikan laga hiasan di seluruh dunia,” katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di di perkarangan Muzium Negeri hari ini.


Tambahnya, pemenang utama akan menerima wang tunai sebanyak RM1888 dan beberapa kategori turut menyediakan hadiah wang tunai termasul lebih 700 cabutan bertuah diberikan kepada peserta untuk pertandingan dianjurkan kali ini.

Mohd Fajiha yang juga merupakan pengerusi Kelab Peminat Ikan Laga Malaysia yang ditubuhkan pada 2017 dan mempunyai pengikut seramai 46,000 orang di Facebook yang datang dari Malaysia dan juga luar negara dengan berkongsi minat sama.


Katanya, ikan laga hiasan mempunyai ramai peminat tersendiri, tidak kira golongan tua atau generasi muda

Untuk rekod, beliau bermula sebagai seorang jurutera yang membela ikan sebagai hobi, kini seorang penternak ikan laga dan juga usahawan di Kemaman, Terengganu.

Katanya, melalui perusahaan ikan laga beliau mampu memperoleh hasil lima angka berbanding sebagai seorang jurutera dengan gaji RM4000 sebulan.

Kini Mohd Fajiha berkongsi kejayaannya dengan orang ramai dan bertindak sebagai salah seorang pengajar ikan laga hiasan serta mewujudkan satu laman blog Bettamfa.blogspot.com untuk berkongsi informasi tentang penjagaan ikan laga.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: