Thursday, 26 December 2019

Ibu Bapa Perlu Cakna Pelajaran Anak-Anak

SHARE
Alias Harun.

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 26 Disember - Ibu bapa digesa agar sentiasa cakna dengan pelajaran dan persekolahan anak-anak bagi mengelakkan perkembangan mereka terbantut.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata, para ibu bapa sewajarnya bertindak tegas dan tidak terpedaya dengan karenah anak-anak yang memberi pelbagai alasan melibatkan pelajaran.

"Jangan pula nanti, apabila mereka (anak-anak) dewasa, mereka menyalahkan kita, kerana tidak bersungguh-sunguh menyekolahkan mereka," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika Sukan Rakyat Komuniti Kampung Rantau Abang di Dewan Terbuka Rimbunan Kaseh, di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan berbeza, Alias mengharapkan agar penduduk di Rimbunan Kaseh sentiasa menjaga persekitaran kawasan perumahan tersebut.

Katanya, ia bagi memastikan kawasan itu sentiasa kemas dan boleh  digunakan untuk bercucuk tanam.

"Semoga nanti akan dianugerahkan kampung tercantik. Dengan kerjasama yang erat diantara penduduk kampung, ia bukan suatu yang mustahil," katanya lagi.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: