Monday, 16 December 2019

Hakisan Pantai Seberang Takir Makin Serius, Bahayakan Pengguna Jalan Raya

SHARE
Keadaan semasa Pantai Seberang Takir.

Oleh : Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 16 Disember – Hakisan yang berlaku di Pantai Seberang Takir berhampiran ‘Drawbridge’ bertambah buruk dan mengundang bahaya kepada penduduk serta pengguna jalan raya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keadaan ombak dan angin kuat dalam tempoh sebulan ini menambahkan lagi kebimbangan masyarakat di sini apabila kerosakan di lorong-lorong pejalan kaki semakin merebak.

“Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap perkara itu, pihak saya telah berhubung dengan Pejabat Daerah Kuala Nerus dan kontraktor yang melaksanakan projek baik pulih,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Beliau turut memaklumkan, jalan raya menghala ke Jambatan Angkat di sini telah ditutup pada jam 11.00 malam semalam berikutan air pantai telah mencecah permukaan jalan.


Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui jalan raya tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Sentiasa berwaspada semasa menggunakan jalan tersebut, Insya-Allah kita telah memohon supaya pihak berwajib menyegerakan penyelesaian terhadap masalah berkenaan,” tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: