Thursday, 26 December 2019

Gerhana Matahari Cincin Turut Berlaku Di Terengganu

SHARE

Orang ramai, termasuk penduduk di Terengganu berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari anulus atau cincin pada hari ini yang mana kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.

Di  Kuala Terengganu gerhana matahari separa bermula jam 11.23 pagi pada hari ini, gerhana maksimum kira-kira jam 1.19 petang dan seterusnya gerhana separa berakhir pada 3.14 petang..

Pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Baharrudin Zainal berkata, gerhana anulus itu berlaku serentak, dengan bulan menyentuh pinggir barat matahari kemudian menutupi dan meninggalkan matahari.


Menurutnya, laluan tengah antumbra bermula seketika selepas waktu syuruk di Oman, merentasi Laut Arab mendekati ke selatan India dan seterusnya ke Sumatera tengah di Pekanbaru, sebelum berada di selatan Singapura.

"Bahagian utara bayang antumbra ini menjangkau sehingga ke Tanjung Piai, Serkat dan berakhir di sempadan kawasanTeluk Kerang di Pontian ke Pengerang, Johor. Selepas itu, bayang antumbra merentasi laut China Selatan dan mencecah di Borneo, sebelum menyeberang lautan Celebes dan lautan Pasifik dan berakhir ketika waktu maghrib di barat kepulauan Guam.

"Bayang-bayang antumbra bula yang melebar, menyebabkan gerhana separa ini boleh kelihatan pada hampir semua kawasan di Asia Tenggara," katanya.


Berdasarka tinjauan pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), orang ramai mula berkumpul untuk mencerap.  menyaksikan dan merakam  situasi itu kira-kira jam 12.00 tengah hari.

Ada di antara mereka memilih kawasan pantai, perkarangan   Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) untuk bersama-bersama menyaksikan kejadian ciptaan Allah S.W.T itu

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: