Tuesday, 3 December 2019

'Dapur Rakyat' Sedia Makanan Untuk Mangsa Banjir

SHARE
Gotong-royong menyiapkan makanan untuk mangsa banjir.
Oleh : Fahmi Izzuddin

SETIU, 3 Disember - Projek 'Dapur Rakyat' yang digerakkan oleh masyarakat di sini berjaya mengurangkan bebanan yang ditanggung mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri.

Pengerusi projek itu, Norasikkin Abdul Wahab berkata, inisiatif itu diambil bagi memudahkan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Perpustakaan mendapat makanan yang secukupnya.

Katanya, walaupun hanya bergerak secara kecil namun pihaknya pasti ia dapat membantu mangsa yang diuji dengan bencana banjir.

"Insya-Allah program seperti ini akan kita teruskan ke lokasi PPS lain selepas ini.

"Usaha ini diharap mampu membantu mereka untuk hidup seperti biasa walaupun rumah mereka ditenggelami air bah," katanya ketika ditanya oleh Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Setiu memaklumkan, inisiatif Dapur Rakyat itu turut mendapat kerjasama daripada pelbagai organisasi.

"Alhamdulillah, agensi seperti, Jabatan Amal dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Buluh Hulu dan Buluh Hilir banyak membantu dalam menjayakan program ini," tambah beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: