Monday, 9 December 2019

Bonus 2019 Untuk Penjawat Awam Akan Dibayar 18 Disember Ini

SHARE

KUALA TERENGGANU, 9 Disember - Lebih 12,863 penjawat awam di negeri Terengganu bakal menerima bonus sebanyak RM500 seorang  pada 18 Disember ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, pemberian itu melibatkan kakitangan Gred 56 dan ke bawah lantikan tetap, sementara, pekerja kontrak dan 'adhoc' termasuk pekerja sambilan harian.

Bayaran itu dibuat pada tarikh sama kakitangan awam negeri menerima gaji sebelum perayaan Krismas melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM6.4 juta.

Terdahulu Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2020 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman baru-baru ini.

Katanya, pemberian sumbangan ini adalah sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang berdedikasi dan komited sehingga meletakkan Terengganu sebagai antara negeri terbaik di Malaysia.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: