Monday, 2 December 2019

Bomba Bawa Warga Emas Hidap Strok Ke Hospital

SHARE
Bomba membantu memindahkan seorang warga emas yang menghidap strok untuk dibawa ke Hospital Hulu Terengganu


HULU TERENGGANU, 2 Disember -  Seorang warga emas yang merupakan mangsa banjir  dibawa ke Hospital Hulu Terengganu bagi menjalani rawatan hemodialisis dengan bantuan pihak Bomba.

Abdul Latif Abdullah, 76 dari Pusat Pemindahan Banjir (PPS) Kampung Tengkawang, yang mengalami masalah strok sejak setahun lalu diusung menaiki lori bomba untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Selain itu,  turut dibawa bersama ialah seorang kanak-kanak, Muhammad Nasrullah Mohd Nasir, 4, yang mengalami demam sejak dua hari lalu.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Hayati Sahid, 37, berkata dia cukup runsing memikirkan cara untuk membawa anaknya ke hospital apabila melihat keadaan banjir yang melanda kampungnya.

"Waktu dapat tahu dia demam, saya begitu runsing memikirkan macamana cara nak ke hospital.

"Mujurlah ada bantuan daripada pihak berkuasa yang membantu membawa kami ke hospital, kalau tidak, mungkin situasi akan lebih sukar," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba Negeri Terengganu, pihaknya mula melancarkan operasi menyelamat sejak semalam dengan kekuatan anggota 28 orang dan dibantu dua lori dan tiga bot di daerah ini.

Beliau berkata, secara keseluruhan pihak bomba mempunyai kekuatan seramai 783 anggota termasuk 184 pegawai di peringkat negeri.

Katanya, setiap daripadanya akan berkawal dalam tempoh 24 jam sebelum bertukar shif bagi mengurangkan masalah kekurangan kakitangan untuk operasi.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: