Monday, 2 December 2019

Bencana Banjir Mula Melanda Jerteh

SHARE

Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 1 Disember - Bencana banjir mula melanda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh awal pagi tadi.

Pegawai Penyelaras Dun Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata seawal jam enam pagi tadi air mula melimpah di beberapa buah kampung sekitar Jerteh.

“Balik Bukit menjadi kampung pertama yang dilanda banjir. Setakat jam sembilan pagi, sebanyak empat buah kampung telah dilanda banjir iaitu Kampung Seberang Jerteh, Padang Landak, Balik Bukit dan Gerai.

“ Jalan utama Pasir Puteh menghala keJerteh di Padang Landak telah mula dinaiki air," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Padang Luas, Jerteh, di sini, pada hari ini.

Oleh itu, menurutnya, ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dinasihatkan agar sentiasa peka dan memaklumkan tentang bencana banjir yang melanda kampung masing-masing dengan kadar segera.

"Saya nasihatkan kepada mangsa bencana agar sentiasa bersabar dan menjaga keselamatan sementara menunggu bantuan daripada agensi kerajaan.

"para pengguna jalanraya diminta agar sentiasa merancang perjalanan anda dengan selamat," ujar beliau.

Justeru itu, Azhar menasihatkan kepada para penduduk kampung agar sentiasa berwaspada dengan musibah yang melanda pada kali ini.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: