Thursday, 26 December 2019

Bekas Pemain JDT Perkuat Serangan Terengganu FC

SHARE


D. Saarvindran.
KUALA TERENGGANU, 26 Disember – Bekas pemain sayap menyerang Johor Darul Takzim II, D. Saarvindran, 27, bakal memperkuatkan jentera serangan Terengganu Football Club (TFC) musim depan.

D. Saarvindran yang pernah bermain untuk Pahang dan Harimau Muda mendapat kepercayaan ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain selepas menjalani latihan selama dua minggu bersama skuad pantai timur itu.

“Kita mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat D. Saarvindran setelah membuat penelitian selama dua minggu apabila dia menjalani latihan bersama TFC dan juga beberapa perlawanan persahabatan.

“Saya berharap beliau mampu mempamerkan prestasi beliau sepertimana ketika mewakili beberapa pasukan terdahulu iaitu Harimau Muda, Pahang dan JDT II.

“Beliau juga memberi lebih pilihan pemain kepada saya di posisi sayap kiri dan kanan untuk musim Liga Super 2020,” kata Nafuzi dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Nafuzi, dengan kemasukan D. Saarvindran, skuad Terengganu dilihat mampu menyaingi beberapa pasukan pilihan musim depan.

Jelasnya, TFC mempunyai banyak pilihan pemain yang berkualiti sayap seperti Faris Ramli dan beberapa pemain tempatan lain.

“Kita cuba perbaiki di posisi sayap, lebih kurang begitulah,” ujarnya lagi.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: