Sunday, 29 December 2019

Bantuan Kerusi Roda Secara Wakaf Langkah Terbaik

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 29 Disember- Bantuan kerusi roda melalui sistem wakaf oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi disifatkan sebagai satu langkah yang baik dalam usaha membantu masyarakat.

Seorang wakil penerima bantuan berkenaan, Nik Zaleha Mat Aroff, 42, berkata, langkah itu dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.

“Dimana jika diberi terus, sampai satu masa sudah tidak diperlukan disimpan begitu sahaja berbanding dengan sistem wakaf, ianya satu inisiatif yang menunjukkan keprihatinan peringkat PKM kepada masyarakat.

“Dimana saya difahamkan ianya boleh dipakai sehingga sembuh atau tempoh tertentu, satu kebaikkanlah bagi kegunaan ayah yang mendapat penyakit ‘mini stroke’ pada usia 82 tahun,” ujarnya ketika kepada pemberita ketika hadir menerima sumbangan kerusi roda wakaf berkenaan, di PKM, DUN Bukit Besi, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, alat-alatan hospitaliti keperluan pesakit masih diperlukan.

"Seperti kerusi roda, katil, dan segala yang berkaitan, justeru sumbangan dari dermawan di luar sana amay dialu-alukan supaya dapat kita agihkan kepada pesakit yang memerlukan," katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: