![]() |
Hishamuddin bersama wakil MPKK Jeram Hulu mengusung bot yang diserahkan ke kawasan banjir. |
KUALA NERUS, 4 Disember- Kerajaan negeri menerusi Pusat
Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh menyumbangkan dua buah bot kepada
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk memudahkan urusan membantu
mangsa banjir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul
Karim berkata, dua bot jenis fiber itu diserahkan kepada MPKK Jeram Hulu dan
MPKK Jeram Hilir sebagai keperluan yang dapat dimanfaatkan semasa bencana
banjir, pada masa ini dan akan datang.
“Bantuan bot fiber ini merupakan sebahagian daripada apa
yang disalurkan oleh kerajaan kepada penduduk yang terlibat banjir di negeri
ini.
![]() |
MPKK Jeram Hilir menerima bot sumbangan bersama muatan bantuan keperluan untuk penduduk terjejas. |
“Saya akui, kawasan kita tidak sebesar tempat lain. tetapi
kita akan berusaha untuk menjaga kebajikan penduduk supaya masing-masing dapat
pembelaan sepatutnya serta menyelia keadaan parit dan longkang-longkang dengan
kemampuan yang kita ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu menyampaikan
bantuan di Kampung Pengkalan Gelugor yang terputus hubungan akibat banjir, hari
ini.
Hishamuddin yang mengetuai misi bantuan banjir pusat khidmat
DUN berkenaan turut menyampaikan bantuan berupa keperluan makanan kepada 22
buah keluarga di yang terjejas akibat limpahan air sungai Nerus yang terletak
bersebelahan kampung tersebut.
![]() |
Hishamuddin menyampaikan pek bantuan kepada salah seorang penduduk. |
“Saya berpuas hati dengan jentera yang disusun oleh
kerajaan. Tidak kira samada kerajaan negeri atau Persekutuan.
“Antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang
memberi komitmen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pejabat daerah melalui penghulu
dan MPKK yang memainkan peranan,” katanya.
![]() |
Muslimat DUN Tepoh turut serta dalam misi bantuan banjir. |
Beliau juga menasihati penduduk supaya sentiasa berjaga-jaga
dan menghubungi pihak pengurusan bencana jika berlaku situasi yang bahaya.
Banjir di Kuala Nerus semakin meningkat dengan pertambahan
jumlah mangsa kepada 532 orang menjelang jam 8.00 malam ini, berdasarkan
laporan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri.
0 komen: