Thursday, 12 December 2019

Abu Bakar, Esah Johan Tilawah Daerah Hulu Terengganu

SHARE

HULU TERENGGANU, 12 Disember -Abu Bakar Deraman dan Esah Deraman  muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Masjid Tok Randok, Ajil, di sini, hari ini.

Kemenangan ini melayakkan mereka untuk membawa cabaran daerah ke peringkat negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Abu Bakar Deraman
Masing-masing membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM2,000 dan piala.

Abu Bakar memperoleh markah 87.5 peratus manakala Esah mendapat 79.5 peratus.

Esah Deraman

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim.

Hadir sama, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar merangkap Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Rashid; Yang Dipertua Daerah Hulu Terengganu, Wan Mohd Masyhum Wan Haruzan dan Pegawai Agama Daerah, Ustaz Wan Mohamad Humaidi Ismail


Naib johan qari dimenangi Mohd Saifuldin dan ketiga Jaafar Abdullah manakala bagi qariah, naib johan dimenangi Zainon Mohd dan ketiga Minah Muda.

Naib johan membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala RM800 bagi pemenang di tempat ketiga
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: