Sunday, 29 December 2019

Abdul Hadi Terima Kunjungan Dr Ahmad Abdus Salam

SHARE
Dato' Seri Abdul Hadi (kanan) menunjukkan buku-buku yang dikarang beliau kepada Dr Ahmad.


KUALA LUMPUR, 29 Disember - Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dr Ahmad Abdus Salam Ar-Raisuni cukup gembira menemui Presiden PAS, Sato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pejabatnya di sini semalam.

Luahan rasa ini dinyatakan dalam catatan Buku Pelawat yang ditulis oleh Dr Ahmad dalam bahasa Arab.

"Saya dengan penuh sukacita dan berbahagia pada hari ini, Sabtu, 28 Disember 2019 telah mengadakan kunjungan hormat kepada Al-Akh Ad-Da’ieyah Al-Qa’id Ustaz Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Catatan Dr Ahmad dalam Buku Pelawat Pejabat Presiden PAS.


"Sesungguhnya saya mendapat banyak manfaat hasil daripada penjelasan yang disampaikan kepada saya tentang konflik yang dihadapi di Malaysia yang sangat unik dan rumit, sebagaimana saya dapati dan pelajari berdasarkan penilaian dan analisis mengenai situasi dan isu yang dihadapi oleh umat Islam saat ini.

"Semoga Allah memelihara Yang Berbahagia (Yang Berhormat) Ustaz Abdul Hadi, mudah-mudahan agama dan seluruh muslimin beroleh manfaat daripadanya," tulis Dr Ahmad dalam buku pelawat tersebut.

Dr Ahmad adalah bekas ketua Gerakan Kesatuan dan Pembaharuan (MUR), sayap gerakan masyarakat bagi parti Islam di Maghribi, Parti Keadilan dan Pembangunan (JDP).

Abdul Hadi (kiri) menyaksikan Dr Ahmad (duduk) menulis sesuatu dalam Buku Pelawat Pejabat Presiden. 

Ini merupakan kunjungan pertama dibuat oleh Dr Ahmad menemui Abdul hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, selepas dilantik sebagai ketua kesatuan itu menggantikan Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi tahun lalu.

Turut bersama beliau adalah para pegawai dan petugas partinya. 

Beliau merupakan anggota pengasas Kesatuan Ulamak Muslimin Sedunia dan menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah kesatuan tersebut sejak ditubuhkan.

Dr Ahmad terpilih menjadi Timbalan Presiden pada tahun 2013. Pada tahun lalu, beliau terpilih menjadi Presiden kedua kesatuan tersebut, selepas Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengundurkan diri.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: