Thursday, 12 December 2019

400 Pelajar Terima Peralatan Sekolah Sumbangan Yayasan PETRONAS

SHARE


Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN, 12 Disember- Seramai 400 pelajar terdiri daripada anak yatim dan keluarga kurang berkemampuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka menerima kelengkapan sekolah sebagai persiapan untuk memasuki sesi persekolahan tahun depan menerusi program ‘Back To School’ oleh Yayasan PETRONAS.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, selain dapat menyuntik semangat murid untuk menghadiri sesi persekolahan, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.


“Terima kasih kepada Yayasan PETRONAS yang sudi meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah dengan memberikan pakaian sekolah, kasut, beg dan peralatan alat tulis.

“Diharapkan ianya akan berterusan pada tahun-tahun akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan Program Sentuhan Ilmu, Back To School Yayasan PETRONAS di Rumbia Resort Paka, kelmarin.

Turut hadir, Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang, Pengurus Besar, Loji Pemprosesan Gas Santong Petronas Gas Berhad, Mohd Fairos Roslan serta Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Dungun, Mohd Fadzilah Mohd Ibrahim.

Katanya, seramai 372 penerima adalah dari Darul Aitam yang menjaga kebajikan anak-anak yatim di DUN Paka.

"Dan bakinya adalah anak-anak dari keluarga susah yang turut dibantu menerusi program ini,"ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: