Monday, 2 December 2019

20 Mangsa Banjir Ditempatkan Di PPS Rusila

SHARE




Oleh: Aslam Wira

MARANG, 2 Disember - 20 mangsa banjir membabitkan empat keluarga telah dipindahkan ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang, kira-kira jam 9.30 malam tadi

Di antara mangsa adalah dua orang bayi dan jumlah ini dijangka akan bertambah sekiranya hujan lebat berterusan sehingga tengah malam ini..

Penolong Pegawai Kebajikan Daerah Marang, Mohd Anwar Sabri Mohd Shuib, berkata semua mangsa dalam keadaan sihat dan telah  menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berbentuk keperluan asas seperti tikar, selimut, tuala dan makanan bagi kegunaan sepanjang di PPS

Katanya, di setiap PPS, perlu diwujudkan satu jawatankuasa memasak dan makanan dan sekiranya terdapat keperluan makanan, JKM akan bantu.

“Disini, kita dibantu oleh Jawatankuasa memasak dan makanan yang terdiri daripada ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di kawasan sekitar.” katanya.

“Disamping itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) juga turut berkampung di PPS untuk menawarkan perkhidmatan mereka,”katanya..

Turut hadir melawat mangsa banjir di PPS adalah Ketua Polis Negeri Terengganu, Dato Aidi Ismail, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof, Ahli Majlis Daerah Marang, Yusuf Abdul Hadi dan Penghulu Kanan Daerah Marang, Mohd Sukri A. Ghani.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meletakkan Terengganu akan dilanda hujan lebat sehingga tiga disember di beberapa buah tempat di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Manakala hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Daerah Dungun dan Kemaman, sehingga tengah malam ini

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: