Sunday, 8 December 2019

140 Notis Sejak Ops Catut 6 Digerakkan

SHARE


KUALA TERENGGANU, 8 Disember – Sebanyak 140 notis telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu sejak OPS Catut 6 digerakkan  selama tujuh bulan bermula 1 Disember yang lalu bagi fasa pertama.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, ia bertujuan untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan semasa perlaksanaan program Subsidi Petrol (PSP).

"Ia dilaksanakan secara berperingkat  melalui tiga fasa. Fasa pertama telah bermula sejak 1 Disember 2019 sehingga 31 Disember 2019. Manala fasa kedua  akan dilaksanakan pada  1 Januari 2020 sehingga 31 Mei 2020 dan fasa ke tiga pada 1 Jun 2020 sehingga 30 jun 2020.

“Sekiranya ada peniaga yang didapati melakukan kesalahan mencatut boleh dikenakan tindakan  di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 yang mana boleh  dikenakan denda  sehingga RM500,000 bagi pertubuhan perbadanan dan bagi orang perseorangan  boleh dikenakan  denda sehingga RM100,000 atau penjara  sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan harga dan bekalan barang keperluan pengguna  pada musim tengkujuh di Pasar Payang, di sini, pada hari ini.

Sementara itu, KPDNHEP telah melaksanakan Pelan Kontigensi dalam menghadapi musim tengkujuh di Terengganu.

“Pemeriksaan ini melibatkan seramai 110 anggota penguatkuasa dan 60 orang pegawai pemantau harga  daripada Majlis Harga Barangan Negara ke atas 432 jenis barangan di pusat pemantauan harga.

 “Tindakan ini bertujuan untuk mengelakkan dari memanipulasi harga oleh peniaga yang tidak beretika,” ujar beliau.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: