Monday, 2 December 2019

120 Kanak-kanak Berkhatan Di DUN Tepoh

SHARE

Hishamuddin (kanan) menyembur air ke arah peserta khatan perdana DUN Tepoh.

Oleh : Mohd Zukifli Mat

KUALA NERUS, 2 Disember – Musim cuti sekolah akhir tahun sinonim dengan majlis ‘bersunat’ (berkhatan) sekali gus menjadi budaya masyarakat umat Islam Terengganu sejak sekian lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh,  Hishamuddin Abdul Karim berkata, ia bukan sahaja membantu mengurangkan perbelanjaan tetapi juga menjadi satu majlis yang dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan dan kejiranan di kalangan masyarakat negeri itu.

“Program percuma ini terbuka kepada semua masyarakat terutama di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, tidak kira latar belakang kewangan dan keluarga masing-masing, namun keutamaan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah,” ujarnya.

Hishamuddin (kiri) melawat peserta ketika berkhatan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Berkahatan Perdana anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tepoh dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua balai Bomba Kuala Nerus, Encik Yusmizan Yusuf.

Sementara itu, seramai 120 kanak-kanak  gembira ketika disembur air pancuran anggota Jabatan bomba dan penyelamat Kuala Nerus sebelum berlangsung Majlis Khatan Perdana di Dewan Serbaguna Tepoh.

Program tersebut bermula sejak tahun 2017 dan menjadi event tahunan di DUN tersebut.

Kanak-kanak yang terlibat dengan program itu terdiri dari kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: