Friday, 8 November 2019

YPKT Suntik RM 605 Ribu Modal Perniagaan Ibu Tunggal dan Belia

SHARE
Para peserta merakamkan kegembiraan mereka bersama Muhammad Khalil dan wakil YPK.




Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 8 November- Seramai 65 peminjam daripada kalangan belia, ibu tunggal dan keluarga telah menerima suntikan modal Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKT) untuk mereka menjana pendapatan seharian.

Pinjaman berjumlah RM 605 ribu diserahkan kepada peserta dari daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu di Kompleks Ibu Tunggal YPKT, Chendering.

Timbalan Pengarah YPKT, Kamaruzzaman Awang berkata  program itu bertujuan membantu masyarakat  menyediakan peluang pekerjaan dan menambah pendapatan mereka yang ingin menjadi usahawan.
Kamaruzzaman. 

“Kita menerima semua peminjam walau tiada latar belakang perniagaan dan membantu mereka dengan lebih senang untuk berniaga dan berjaya," katanya ketika ditemu bual oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut menyarankan peserta memohon secara berkelompok dengan minimum seramai 3 orang supaya mendapat bimbangan yang betul dari kalangan ahli kumpulan.

"Ia juga muda dipantau oleh pegawai-pegawai terlibat supaya peminjam tersebut tidak gagal dalam perniagaan.

“Kebanyakan usahawan kita berjaya melalui modal yang kecil setelah mengikuti program yang kita sediakan dengan teratur malah berjaya mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan baharu," katanya.

Khalil menyampaikan  cek kepda salah seorang peserta.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: