Sunday, 3 November 2019

Wakaf Baru Untuk Nelayan Teluk Bidara

SHARE


Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 3 November - Penantian sekian lama nelayan di Teluk Bidara dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang kini berakhir apabila menerima kemudahan sebuah wakaf baru.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  Teluk Bidara, Mohd Affindi Ngah berkata, wakaf tersebut berjaya disiapkan hasil gotong royong  nelayan kampung berkenaan dan barang binaan seperti batu, kayu, pasir, simen dan lain-lain disumbangkan Ahli Parlimen Dungun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Rantau Abang.

“Sebelum ini, memang dah ada wakaf, tetapi wakaf kayu tu kecil, tidak dapat menampung bilangan nelayan, mereka terpaksa duduk merata-rata bawah pokok untuk kerja-kerja jahit pukat, persiapan sebelum pergi ke laut dan berehat setelah balik daripada menangkap ikan," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada ketika dihubungi pemberita selepas Majlis Perasmian Wakaf Baharu Teluk Bidara oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, baru-baru ini.

Pada masjlis sama Wan Hassan turut menyampaikan sumbangan  satu unit lampu 'sportlight LED' kepada Pengerusi MPKK Teluk Bidara untuk dipasang di wakaf berkenaan, disamping seramai 30 orang penduduk turut menerima sumbangan barangan dapur.

Sementara itu,  ADUN Rantau Abang, Alias Harun berharap dengan adanya wakaf tersebut bukan sahaja menjadi tempat nelayan menjalankan aktiviti harian tetapi menjadi lokasi penting penduduk kampung mengadakan program untuk mengeratkan hubungan sesama komuniti.

"Memandangkan kawasan tersebut di tepi laut, menjadi tempat tumpuan orang ramai, MPKK boleh mengatur program - program yang boleh menarik orang muda melakukan aktiviti yang berfaedah," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: