Tuesday, 5 November 2019

Turun Padang Kaedah Terbaik Selesai Masalah

SHARE

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 5 November - Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh turun padang merupakan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Pegawainya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, aktiviti sebegini amat sesuai dijalankan bagi mendengar sendiri permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat setempat.

"Program ini merupakan salah satu kaedah bagi menyalurkan maklumat secara terus kepada pihak pejabat tanpa ada perantaraan.

Selain itu, (ia) dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan pejabat dengan penduduk kampung," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Dialog Bersama Pejabat Penyelaras yang berlangsung di Kampung Alor Saji, Jerteh pada semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Saji, Rosli Yahya.

Oleh itu katanya, segala kemusykilan dan cadangan yang dikemukakan oleh penduduk kampung akan cuba diselesaikan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

"Program ini akan dilangsungkan kepada seluruh kampung yang terdapat dalam DUN Jerteh bagi mendengar permasalahan yang berlegar dalam kalangan masyarakat," tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: