Monday, 25 November 2019

Sidang DUN : Tukun Dan Unjam Tingkatkan Hasil Nelayan

SHARE

KUALA TERENGGANU, 25 November-Program melabuhkan tukun dan unjam di laut memberikan kesan positif  kepada peningkatan hasil para nelayan di perairan Terengganu.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau turut mendapat maklum balas mengenai perkara ini dari komuniti nelayan setempat termasuk Jabatan Perikanan Malaysia.

Katanya, dari maklum balas dari komuniti nelayan setempat, Jabatan Perikanan Malaysia, beliau juga turut meluangkan masa dan turun padang dalam program pemantauan yang diadakan dari semasa ke semasa.


“Ada ketikanya, saya turut sama turun dalam program pemantauan itu dan didapati tukun dan unjam yang diturunkan dikunjungi spesis ikan gred A seperti ikan merah, kerapu dan ikan tenggiri.


“Jabatan Perikanan Malaysia pernah menjalankan kajian kepada tukun-tukun  yang terdapat di perairan Terengganu dan  hasil kajian mendapati bahawa terdapat lebih dari 30 spesis ikan komersial yang berada sekitar tukun berkenaan.


“Cuma peratusan peningkatan ini tidak dapat dinyatakan dengan tepat kerana keluasan perairan dan jarak lokasi yang jauh di antara tukun serta di tambah satu lagi fakta tangkapan ikan tidak dilaporkan kepada kita,”katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet 2020) di Wisma Darul Iman, hari ini.


Dr Azman turut berkata, lokasi tukun dan unjam yang dilabuhkan dalam kawasan Zon A sekitar empat hingga lima batu nautika daripada pantai adalah kawasan larangan zon pukat tunda.


“Akan tetapi apabila berlaku pencerobohan yang kadang-kadang dari nelayan tempatan sendiri di samping nelayan asing, unjam yang dilabuhkan habis kena ambil termasuk bubu.


“Cuma yang tidak dapat di ambil, tukun kerana beratnya berbelas tan diperbuat dari konkrit yang lebih keras dari konkrit bina landasan terbang dan biasanya tidak berlaku kerosakan tapi pukat yang koyak akan melekat pada tukun akan menjadi pukat hantu yang akan memerangkap ikan dan kos yang tinggi untuk penyelanggaran tukun  antaranya umtuk pembersihan pukat  dan sangat berisiko kepada penyelam kita,” ujarnya lagi.


Tambahnya, terdapat pelbagai fungsi lain untuk  pembuangan tukun dan unjam antaranya tukun dijadikan tempat kajian penyelidikian sainstifik untuk ilmu marin.


Selain itu katanya, tukun konkrit yang beratnya berbelas tan boleh  menjadi penahan ombak yang boleh meminimakan hakisan pantai termasuk untuk aktiviti agrotourism, tangkapan rekreasi, selaman scuba dan menjadi zon penampan pukat tunda di  tepi pantai.










SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: