Wednesday, 27 November 2019

TUGAS Lulus RM2.9 Juta Biayai Perniagaan 370 Usahawan

SHARE


KUALA TERENGGANU, 27 November- Kerajaan negeri  melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) meluluskan kira-kira RM2.9 juta kepada 370 usahawan di Terengganu  sejak Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) diperkenalkan pada 29 Januari lalu.

Peruntukan TUGAS dipecahkan kepada sepuluh program iaitu, Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu membabitkan kos RM1.5 juta diagihkan kepada 99 penerima; Tabung Siti Khatijah (RM633,000, 49 penerima); Program Pengukuhan Kapasiti Perniagaan Terengganu ( RM200,000, 10 penerima) dan  Dana Usahawan &Industri Mikro Terengganu (RM108,000, 28 penerima).


Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, program lain, Dana Prihatiin OKU disalurkan kepada 29 penerima membabitkan peruntukan RM120,000 dan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadhan dikhaskan kepada 141 dengan peruntukan RM161,000.

Katanya, di bawah  Program Urusetia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) pula, YPU memperuntukkan RM246,000 kepada 27,907 pemohon.

“Manakala jumlah bantuan geran yang dikeluarkan kepada usahawan Terengganu sebanyak RM2.7 juta dengan jumlah 506 Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Melalui latihan dan kursus keusahawan pula, seramai 12,700 usahawan telah dilatih melalui 289 program,”katanya pada Program Majlis Penyerahan Cek Skim Pembiayaan di TUGAS, di Wisma Darul Iman, hari ini. .

Penyerahan cek kepada peserta disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: