Friday, 29 November 2019

Tiga Pusat Pemindahan Banjir Mula Di Buka Di Hulu Terengganu

SHARE
Foto Ehsan JKM

HULU TERENGGANU, 29 November - Seramai 48 orang daripada sepuluh keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan di daerah ini hari ini selepas kediaman mereka terjejas ekoran banjir akibat hujan lebat yang melanda sejak semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana merangkap Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah, Lt (PA) Mujahid Abd Wahab berkata, mereka yang terlibat merupakan penduduk dari Kampung (kg) Cheting, Kampung Kemat dan Kampung Tapah.

“Kawasan tersebut mula dinaiki air sejak awal pagi berikutan hujan yang berpanjangan mulai malam semalam.

“Kesemua penduduk dari tiga kampung itu kini ditempatkan di balai raya di kampung masing-masing,” katanya ketika dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.

Sementara itu, beberapa kawasan lain antaranya kawasan mukim Hulu Berang turut dinaiki air tetapi sehingga kini tiada mangsa dipindahkan.

Antara kampung yang dalam keadaan berjaga-jaga ialah Kg Peneh, Kg Gunung, Kg Lubuk Periuk, Kg Pengkalan Ajal dan Kg Kua.

Mujahid berkata pihaknya kini sentiasa berjaga-jaga ekoran hujan lebat yang masih melanda daerah ini.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: