Tuesday, 5 November 2019

Tiga Klinik Kesihatan Terima Sumbangan

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 5 November- Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)Bukit Besi, Ghazali Sulaiman telah mengagihkan sumbangan berjumlah RM1,500 kepada panel penasihat tiga buah klinik kesihatan daerah itu.

Katanya, klinik terlibat adalah klinik Kesihatan Felda Jerangau, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan Bukit Besi.

Sumbangan berkenaan sebagai pemangkin untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat dan diharap akan menjadi permulaan kepada hubungan yang baik diantara dua pihak.

"Ini kerana kebiasaannya di majlis, program-program dan apa jua aktiviti yang dianjurkan kita banyak libatkan klinik kesihatan untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma, program berkhatan perdana dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada tiga buah klinik berkenaan, hari ini.

Katanya, penduduk di daerah ini khususnya diharap mempunyai hubungan yang baik dengan  klinik kesihatan untuk kepentingan bersama.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: