Thursday, 7 November 2019

Terengganu FC Sambar Pemain Terbaik Tahunan Singapura

SHARE
Faris Ramli sah menjadi milik TFC walaupun turut menjadi rebutan beberapa lagi kelab Liga Super. Foto - Media TFC.


KUALA TERENGGANU, 7 November - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berjaya mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Singapura, Muhammad Faris Ramli dari kelab Hougang United bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Perkembangan tersebut dimaklumkan PBSNT menerusi status terbaharu dalam laman Facebook rasmi, Terengganu Football Club.

PBSNT menjelaskan Muhammad Faris, 26, yang membuat 47 penampilan bersama Singapura, bakal mengisi kuota pemain Asia menggantikan Thierry Chanta Bin yang telah digugurkan.

Pemain yang baru sahaja menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan Singapura dalam FAS Nite 2019 dijangka akan digandingkan bersama dua lagi pemain import pasukan TFC di bahagian tengah iaitu Lee Andrew Tuck dan juga Sanjar Shaakhmedov.

Faris Ramli menerima anugerah pemain terbaik tahunan Singapura 2019. Foto - News Straits Times.

Pemain berusia 27 tahun ini dilihat antara aset terbaik buat pasukan TFC dalam memburu kejuaraan pada musim hadapan.

Untuk rekod, Faris telah menjaringkan 11 gol dalam 13 penampilan bersama pasukannya sebelum ini, Hougang United dalam saingan Singapore Premier League 2019.

Pemain yang boleh beraksi di bahagian sayap dan penyerang itu memulakan karier bersama pasukan muda Singapura, Young Lions dari 2010 sehingga 2012 sebelum menyertai kelab Lions XII dari 2013 sehingga 2015.

Selepas Lions XII dibubarkan, Muhammad Faris kembali ke Singapura untuk menyertai kelab Home United dari 2016 dan 2017, sebelum dipancing oleh PKNS FC dan Perlis FA  pada musim lepas.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: