Tuesday, 12 November 2019

'Teliti Kembali Perjanjian, Jangan Buta Sejarah- Abdul Hadi Awang

SHARE


Abdul Hadi (tengah).

KUALA TERENGGANU, 12 November- Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menyarankan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu,  Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah supaya meneliti kembali perjanjian yang dimeterai antara kerajaan negeri bersama Petronas pada tahun 1975.

Ini berikutan permohonan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu yang mahukan Wang Tunai Petroleum (WTP) atau royalti diagihkan kepada negeri melalui agensi kerajaan pusat kerana didakwa WTP diagihkan secara tidak adil kepada rakyat.

“Dia kena baca balik perjanjian itu, dia buta sejarah. Ada perjanjian antara Petronas dengan semua kerajaan negeri, bukan Terengganu sahaja tetapi semua kerajaan negeri di Malaysia sekiranya ada hasil petroleum sama ada di darat atau di laut dalam mana-mana negeri, hasilnya hendaklah diserah kepada Petronas.
KALIMAT diadakan setiap tahun bagi mengingatkan akrabnya Terengganu dengan Islam.

“Kemudian lima peratus royalti kepada negeri dan lima peratus kepada pusat. Manakala, bakinya Petronas beri kepada syarikat-syarikat yang bersamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Forum Multaqa Ulamak Nusantara yang diadakan sempena Program Kembara Melestarikan Itqan Al-Muluk bita'dil as-Suluk (Kalimat) di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.

Tegasnya lagi, dalam perjanjian tersebut hasil peroleh itu turut ditulis sebagai royalti dalam belanjawan tahun 80-an dan 90-an.

“Malah, dalam penyata kewangan juga ditulis sebagai royalti. Itu perjanjian, mungkin dia tak baca jadi kena bacalah. Mungkin dia masih baru,” katanya.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir mendengar pengisian yang disampaikan.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: