Friday, 22 November 2019

Taska Wisma Darul Iman Dibuka Januari 2020

SHARE

KUALA TERENGGANU, 21 November - Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) baharu akan dibuka di Wisma Darul Iman dan mula beroperasi pada bulan Januari tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata, pembinaan pusat jagaan kanak-kanak tersebut dijangka siap akhir Disember ini.

"Taska di Wisma Darul Iman sekarang dalam proses buat dan memang nak buka bulan pada Januari tahun hadapan bulan ini tak sempat siapkannya.

"Pada bulan Januari tersebut kita akan buka proses kemasukan kanak-kanak. Target kita pada bulan Januari nanti beroperasi," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Menurutnya, beliau menjangkakan bilangan kanak-kanak yang akan didaftarkan tidak ramai memandangkan premis itu baharu dibuka.

Untuk rekod, program penubuhan taska di setiap jabatan kerajaan adalah sebahagian janji manifesto PAS sempena PRU14.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: