Sunday, 3 November 2019

Skuad Amar Lancar Kempen Jenayah Syariah

SHARE




Oleh: Aslam Wira
Foto: Hishamuddin Abdullah

MARANG, 2 November - Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar) kini giat mengadakan kempen kesedaran kesalahan jehayah syariah dengan menumpukan tempat awam dan kawasan pantai.

Melalui kempen itu, Skuad Amar telah mengedarkan beberapa risalah larangan perbuatan tidak sopan dan mengantung bunting di kawasan rehat dan rekreasi sekitar bandar Marang.


Ketua Skuad Amar, Nasaruddin Samsudeng berkata,  kempen tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat dan orang awam tentang kesalahan jenayah syariah di tempat awam seperti berpakaian ketat, tidak menutup aurat dan berdua-duaan tanpa ikatan sah.

“Kami telah mendapat kebenaran dan kerjasama baik untuk memasang bunting tersebut daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim.


“Operasi berterusan bersama-sama Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Daerah Marang dan Jabatan Hal Ehwal Negeri Terengganu juga akan diteruskan dari masa ke semasa.”katanya.

Beliau berkata kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika selesai kempen tersebut di Pulau kekabu, semalam.

Kempen itu juga adalah merupakan usaha dakwah jalanan sebagai langkah mengambil berat tentang masalah sosial yang berlaku di kalangan anak muda sekarang.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: